...pada saat itu orang-orang beriman telah diuji dan digoncangkan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan ketika itu orang-orang munafik dan orang-orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya berkata, Allah dan RasullNya tidak menjanjikan kepada kita melaikan perkara yang memperdayakan sahaja... (Al Ahzab 11-12)
Saudara ku mungkin kita tidak sedar iaitu kita di uji oleh Allah SWT dengan Aqidah kita. Dari maksud ayat di atas keputusan dimana kejujuran kita dalam kita abdikan diri kepada ISLAM dan Allah SWT iaitu di hari kehancuran. Dimana orang yang betul-betul beriman akan mendapat balasan yang baik dari Allah SWT.
wahai sahabat ku bersama-sama lah kita meningkatkan amalan dan berfikir tentang kekuasanNYA dan timbul perasaan takut kepada kekuasan NYA. Allah sebagai pengcipta alam ini. Sahabat dan kawan-kawan ku sekalian kerana kita sentiasa lalai dalam perjalanan kehidupan kita jadi kita perlulah berusaha lebih lagi untuk menjadikan kita individu bertakwa dan melaksanakan perkara yang Islam tekankan...
Saudara ku kita laksanalah ilmu yang sedikit dalam diri kita dengan sebaik-baik yang mungkin seperti dalam aspek aurat, pergaulan, berkemonikasi dan berhiburan. Dalam aktiviti kehidupan kita ini tiada yang salah tetapi pelaksanaan kita yang salah menyebabkan ISLAM luput di telan zaman...
insyallah bersama kita berusaha...
No comments:
Post a Comment