Sunday, December 4, 2011

fikrah


fikrah setahu saya adalah kefahaman fikiran untuk berfikir lebih jelas untuk satu matlamat kepada apa2 kefahman.Jika baik, dapat baik atau sebaliknya.

Tetapi realiti sebenar dapat di lihat, walaupun segunung ilmu dalam dada tetapi fikrah pejuangan tiada dalam minda dan diri, semua kemanisan islam dalam sistem kehidupan berjemmah yang dibawa oleh islam, tidak dapat di capai jika tidak mengikut sistem yang tersusun dan perjalan tarbiyyah yang betul, bersertakan minda yang tajam dan cergas dalam mengambil apa-apa input tentang pejuangan di sekeliling kita dalam acuan islam.

Dimana pejuangan ini di bawah oleh nabi, para sahabat dan tokoh-tokoh terdahulu dalam memenangkan islam pada zaman jahilliyah. Di dada terpahat kenapa umat islam sekarang boleh lupa dan boleh dikatakan hilang terus sunnah berjemmah di mana perkara yang begitu besar ini.

Tokoh-tokoh pejuangan haraki menjalani perjalanan yang begitu berliku dalam dakwah mereka untuk membawa islam di akhir zaman ni, mereka di penuhi pelbagai kekuatan pelbagai aspek antaranya akal, jasad dan roh.

Ketiga-tiga perkara ni merupakan aset yang paling penting kepada manusia dan juga kepada individu muslim kerana untuk menunjuk islam itu kuat seperti zaman-zaman terdahulu. Jika kita perhatikan peperangan yang nabi muhammad SAW sertai pada zaman tersebut menujuk kekuatan individu islam pada zaman itu sehinggakan islam di hormati oleh semua kausa-kuasa besar dunia. Tetapi sekarang sebaliknya...

Dalam proses memberi tarbiyyah kepada orang di sekeliling, respon menunjukan begitu jauh mereka kepada sistem kehidupan para amilin pada zaman sahabat nabi iaitu sistem kehidupan berjemmah(fiqh harakkah). Untuk satu matlamat supaya islam sebenar tertegak. Dimana harum suburnya islam di rumah, negeri, negara sehingga lah seluruh dunia seperti pada zaman dahulu yang mana ISLAM telah menjadi kausa di dunia ni dan menguasai 2/3 dunia...

JANGAN KITA MUDAH LUPA

No comments:

Post a Comment