Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( surah Az-Zumar, ayat 53).
Maksudnya : “Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata. dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian; kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( Surah Ali Imran, ayat 86-89 )
Berdasarkan nas ini, ia menjadi dalil kepada penerimaan taubat bagi mereka yang murtad, dan secara umumnya jenayah penghinaan terhadap Nabi S.A.W juga termasuk di dalam ayat tersebut, berpandukan qias yang dinyatakan sebelum ini. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 175).
Kesimpulan daripada perbahasan di atas, isu yang telah berlaku ini bukanlah suatu perkara yang remeh dan jarang berlaku dalam masyarakat kita, malah perkara tersebut sering berlaku sejak kebelakangan ini. Kita mengharapkan kepada kepimpinan Islam yang berani menyatakan kebenaran dan membanteras kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita, tapi malangnya festival yang penuh berprestij ini rupanya didalangi oleh kepimpinan yang mempunyai suara di Negara kita. Kami penuntut di timur tengah menuntut dan mendesak agar pihak kerajaan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Islam di Malaysia atas kejadian yang menjatuhkan maruah ummat Islam dengan penganjuran Islamic Fashion Show ini. Kami juga berharap agar kepimpinan kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan, agar perkara sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment