Sunday, August 29, 2010

Karnival juara rakyat at surau al-falah



ini lah punca kalu umat yg tidak di ajarkan didikan AGAMA. Yang dimana setiap agana ada tempat yg suci iaitu tempat untuk beribadat menabdikan diri kepada PENGCIPTA... ANDA SEMUA BLH MENILAI..

SERUAN BULAN RAMADHAN






iman dapat mengatasi segala-segalanya, macam mana kita nak nak meningkat kan kalau kita perhatikan gambar ni betul-betul kanak ni walaupun dia belum lagi wajib menunaikan perkara wajib ni, tetapi ini lah cara didikan islam yang dibawa dalam al-quran yang diturunkan oleh allah kepada kita dan menjadi wahyu dan pentujuk oleh nabi muhamad swt.

gambar ini jugak dapat lihat keikhlasaan yang ditunjukan oleh anak ini, dengan penuh hati yang bersih... di sini ana ingin tinggal persoalan kepada anda MACAM MANA HATI KITA????




angap lah ramadhan ni terakhir kita, mungkin tahun depan kita tak akan berjumpa lagi. insyallah kata-kata pusaka ini dapat menambah motivasi kita untuk beribadat kepada kepada allah swt. jangan siar-siar kan hayat yang diberi oleh allah kepada kita...

ALLAH KAU AMAT BAIK KEPADA KAMI... NIKMAT YANG KAU BERIKAN KEPADA KU MEMANG TAK DAPAT DI KIRA... AMPUN LAH DOSA KU.

Wednesday, August 18, 2010

masalah buang bayi dan keluarga semakin serius



cuba kita lihat betul-betul apa yg kita rasa ? dia adalah mangsa orang yg berjiwa lbh buruk dari binatang. peristiwa ni berlaku di terengganu Bayi lelaki yang ditinggalkan dalam keadaan bogel di hadapan sebuah rumah di Jalan Hulu Takir di Seberang Takir malam tadi disahkan sihat oleh Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu, Rabu. Bayi lelaki yang dipercayai baru lahir itu ditemui di hadapan rumah anggota polis

kenapa manusia yg binatang ni btujuan letak kan budak ni di rumah anggota polis. mungkin ada dalam hati sifat manuia kut... dh tak buang dalm tong sampah dan tandas mungkin ni kesan baik kerajan malaysia yang menyediakan tempat untuk anak-anak buang ni...

mungkin kalau rumah PM macam kita semua mungkin lps ni semua letak di hadapan rumah PM...



ini lagi salah satu oontoh yang terjadi pada malaysia kita tang digempar-gempur kan kemodenaan dan kekayaan sopan satun ORANG MELAYU dengan slogan HIDUP MELAYU HIDUP MELAYU apa guna duk hidup melayu jika gejala macam berlaluasa di malaysia...
kehidupan rakyat di jahilkan oleh pemererintah kalu masalah mcn tak dapat diselesaikan baik jangan jadi pemerintah... rakyat hidup takut di tanah air sendiri yang konon aman damai.

tidak lama lagi dh nk sambut merdeka... HIDUP LAH DENGAN MELAYU KAMU TU...
masalah ni akan berleluasa selagi sistem kapitalis masih belengku negara kita... berbanggan dengan budaya orang PUTIH yg telah menjajah kita... kembali lh kepada islam...

Friday, August 13, 2010

REMAJA VERSI AKHIRAT

terdetik diri ini dengan penuh sayu dan terasa qalbu denga satu rancangan yg dinamakan halaqah sentuhan Qalbu. yg tajuk di bincangakan oleh ahli panel syed mohd norhisyam tuan padang al-idrus pendakwah

remaje ni terdapat jati diri atau calour yg ada dalam diri remaja tetapi mcn mana remaja perlu memahami oleh remaja tersebut, sebut jati diri remaja di akhirat kelak ada 7 golongan manusia yang dilindungi teduhan oleh allah yang di janji oleh nabi muhammad salah satu dari golongan ini adalah golongan remaja hadis riwayat iman bukhari muslim rasullah bersabda jenis yg mcn mn iaitu nabi menjawab remaja yg menabdikan diri kepada allah versi dia akhirat bukan suruh jadi ustaz dan ustazah semua. kalau kita jadi perkejaan yg profesional jadilah golongan yang berversi akhirat bermatlamatkan berwawasan akhirat golongan remaja jenis ini tidak akan mudah terpengaruh dengan dunia, pemuda jenis ini kalu kita hantar di mana saje mereka tidak akan mudah tergugat kerana mereka menpunyai jati diri yang kuat iaitu akhirat, walaupun bergaul dengan kawan dan sesiapa pun mereka akan bercakap dengan berasah dan tahu mana baik dan buruk. pemuda mcn ni lah yang kita hendak di lahir kan iaitu VERSI AKHIRAT

di dini ada satu kisah di zaman nabi swt iaitu hazabah iaitu pemuda yg berumur 17 tahun yg baru masuk islam biasalah nabi muhammad akan sentiasa membawa pemuda ini ke tempah nabi memberi kuliah, beliau ni merupakan pemuda yang sentiasa ikut nabi memberi kuliah, pada satu hari beliau terlah di suruh oleh nabi untuk membeli sesuatu barang dan beliau pergi tanpa berdolah-dalih semasa dalam perjalanan beliau telah sampai di sebuah rumah dan secara tidak sengaja langsir yang di pasang rumah itu di tiupvoleh angin dan terbuka lah rumah pada masa yg sama bahgian bilik mandi jgk terbuka dan beliau terlah ternampak seorang perempuan mandi, belaiu amat terkejut dan beriktifa pada masa yg sama. beliau lari dengan laju nye kerana takut dosa yg terlah dia lakukan itu, sampai di gua hujung kampung dia duduk di situ dengan penuh kesedihan yang dosa beliau lakukan, beliau takut dengan balasan oleh allah. beliau tinggal di dalam gua tersebut tanpa makan dan minum kerana takut dalil akan turun iaitu balasan kepada beliau balasan masuk neraka, beliau sgt takut. pada masa yang sama nabi tertanya-tanya kenapa remaja ini tidak balik, nabi telah mengarahkan saidina omar supaya mencari dan punca pemuda itu menhilangkan diri. saidina jumpa lh pemuda tersebut di hujung kampung. saidina omar tanya lh kenapa kamu jadi mcn ni ? pemuda itu jawap dia takut akan balasan neraka kepada dia. saidina osman pampah dia ke kerumah nya. nabi datang kpd pemuda itu dan letakan kepala pemuda itu atas riba nya, tetapi pemuda itu lari kan kepalanya sambil menyatakan kepala ni banyak kan dosa tal layak meletak kan kepala nya. lama dengan keadaan mcn itu pemuda tersebut meninggal dunia. semasa menkebumikan pemuda tersebut nabi menyatakan begitu ramai malaikat turn untuk menkebmikan beliau.

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan modul tarbiyyah dari langit

Apabila manusia memikirkan untuk mengadakan sesuatu modul bagi sesuatu kursus, mereka terpaksa berbengkel dan berhempas-pulas memerah otak bagi mengeluarkan idea-idea bernas bagi mendapat modul terbaik bagi sesuatu kursus. Samada ia bersifat akademik, kemahiran, latihan dan apa sahaja. Begitu juga, modul yang telah lengkap tadi dibuat menurut objektif yang hendak dicapai, atau ada outputnya.

Dalam Ramadhan sebenarnya Allah telah menyediakan kepada kita satu set modul latihan lengkap bagi mendapat output yang diharapkan iaitu TAQWA.

Bagaimana modul latihan Ramadhan ini disediakan kepada kita bagi mencapai objektifnya?

Secara ringkas, boleh disebut beberapa perkara:

Puasa adalah rahsia hamba dengan Tuhannya. Kata Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam Mukhtasar Minjahul Qasidin, puasa adalah ibadat yang sukar dimasuki ria’, tidak seperti ibadat lain. Justru, puasa menjadi ibadat latihan untuk mengikhlaskan diri kepada Allah dalam semua aktiviti kehidupan, termasuk berjuang menegakkan agama Allah ini supaya tidak dimasuki ria’ danmatlamat-matlamat duniawi yang singkat dan memudaratkan perjuangan.

Puasa diwajibkan pada siang Ramadhan. Dengan berpuasa, nafsu dikekang. Nafsu makan, minum, syahwat kelamin asalnya halal tetapi untuk sementara waktu di siang hari Ramadhan, ia perlu diKIV. Masuk sahaja waktu berbuka, ia menjadi halal. Apa bezanya isteri, makan dan minum yang halal antara sebelum Maghrib dan selepas Maghrib? Namun, kita diajar supaya mengekang dari yang halal sementara waktu supaya kita dapat melatih mengekang diri kita dari yang haram sepanjang waktu. Suasana kondusif untuk Syaitan juga disempitkan. Bumi nafsu tidak menyediakan tempat sesuai untuk syaitan datang bertandang. Kekangan seperti ini cukup penting terutama bagi mereka yang diuji dengan habuan dunia yang terbentang di hadapannya.

Solat Terawih mengajar kita bahawa sebenarnya potensi diri masih belum digunapakai secara maksimum dan optimum. Tenaga dan masa masih banyak sebenarnya terbuang dan dibuang untuk perkara tidak berfaedah. Samada 8 atau 20 rakaat, solat Terawih mendidik kita untuk mendekatkan diri dan mencari bekalan melalui hubungan kita dengan Pencipta.

Sedekah dan zakat fitrah mengasuh kita memahami erti susah dan derita si faqir dan miskin. Sifat ananiah / individualistik / aku sahaja dikikis. Berfikir tentang ummah, bukan tentang diri sendiri yang lemah.

Bacaan Quran di bulan Ramadhan mengingatkan kita kepada petunjuk yang diturunkan dalam bulan Ramadhan ini. Petunjuk yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat terutama di zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian terhadap iman ini. Bukan bacaan yang hanya menjadi halwa telinga, atau suara yang keluar dari kerongkong, tetapi bacaan yang mendetikkan dalam hati zauq berdamping dengan Kalamullah yang Maha Suci.

Iktikaf dan qiamullail di bulan Ramadhan mendidik kita supaya menyediakan sedikit masa khusus untuk bersama Allah. Meninggalkan sekejap keributan dan kekalutan dalam aktiviti seharian, lantas mengambil sedikit masa merenung diri dan bermuhasabah, sambil berbisik-bisik dengan Tuhan, mengadu tentang diri yang masih jauh dengan Khaliqnya.

Kalaulah semua set modul ini dapat kita lakukan dengan terbaik, berkualiti, dibuat secara sedar dan menghayatinya, tidak mustahil maksud dari puasa dan Ramadhan itu tercapai iaitu TAQWA yang menjadi teras dalam diri manusia mukmin bagi menjalani kehidupannya di atas muka bumi Allah ini, sambil menanggung amanah memakmurkan bumi dengan agama Allah.

Tuesday, August 10, 2010

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1431 H / 2010 M BAGI NEGERI KELANTAN ZON I : JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH, TUMPAT, PASIR MAS,



ramadhan al mubarak... waktu berbuka negeri melaka

assalamualaikum taniah dan bersyukur kepada allah SWT kerana dengan nikmat kurnian nye kita dapat berjumpa lagi bulan yg mulia ni. bulan ni allah membuka seluas-seluasnye pintu syurga dan tutup-setutupnye pintu neraka. di sini saya seru kepada sahabat semua hidupkan bulan yg mulia ni dengan ibadah kita. selamat beribadah kepada semua sahabat...



Monday, August 9, 2010

HURAYY PUASA...

ASALAMUALIKUM SAHABAT SEKALIAN ...

Bulan yang ditunggu oleh org mukmin tetapi sebaliknye bagi org jahil dalam islam. bagi ahli sufi bulan ni merupakan bulan durian runtuh untuk mereka beribadat kepada allah SWT dan bagi org yg tidak beriman kepada allah akan merasakan ini satu beban kpd mereka kerana mereka tak dapat makan dan minum pada siang hari. apa buleh buat mereka lambat menerima hidayah. kita perlu bersukur kerana di beri satu roh dimana kita perlu melihat dari aspek yg luas untuk mengelakan kita lari dari akidah islam yg sebenar.

di antara fadhilat bulan ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.



Artikel-artikel lain yang berkaitan:

1. Adap berpuasa.

2. How to fast healthily during Ramadhan.

3. http://ramadan.emedia.com.my/

4. Bersahur cara Rasulullah.

Wednesday, August 4, 2010

hidup sihat

Islam adalah agama sahih yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang.

Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita amat membimbangkan. Sebagai contoh, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada masa ini terdapat 1.3 juta pengidap kencing manis di negara kita dengan nisbah setiap 10 orang terdapat seorang berpenyakit kencing manis. Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman.

Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) yang lain juga berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thoma'ninah serta memahami isi bacaan.

Monday, August 2, 2010

ADAKAH DAKWAH KITA BERJAYA






Ini adalah gambar kegembiraan peserta dalam menyerteai karnival KPI d utem. lihat dari raup muka kita dapat tgk satu cahaya yg dimana mereka tidak segan silu apatah lagi takut untuk bergaul dengan masyarakat terutama nonmuslim, persoalan sekarang adakah dakwah kita berjaya ? adakah dakwah kita hanya tertumpu kpd org islam je ? macan mn pula dengan saudara kita yg tentu gelap tentang islam, mcn mana peranan kita sebagai org mukmin kononnye untuk mendekatkan mereka dengan islam dan meletakan sedikit harapan kpd mereka untuk tidak fikir songsang kpd islam.

jika kita dapat lihat musuh islam semakin hari semakin kedepan untuk memburukan islam dan merobohkan akidah anak-anak muda kita, tetapi pada masa yg sama kita yg digelar pendakwah di mana kita, adakah kita hanya memeluk tubuh menanti dan terus menanti, atau untuk menbetulkan diri kita dulu baru kita blh menegur kawan-kawan kita.tak pun lihat islam jatuh baru kita nk sedar.

sepanjang aku berada di sini banyak yg aku pelajari, dalam bersiasah iatu untuk mendekatkan diri dengan masyarakat supaya mereka tidak tgk islam satu agama yg penganas, yg sentiasa di cop oleh barat kpd islam, benda ni lh yg perlu kita bawa kpd masyarat seluruh dunia ni lh peranan kita, isyallah walaupun nampak susah tetapi semagat yg di beri oleh allah swt tulang empat kerat untuk kita berkerja kpd di jalan allah, kita takut di alam akhirat.

akhir sekali untuk sahabat ku sekalian kuat kan hati dan kuatkan iman untuk kita terus bersama di jalan yg mulia ni... takbir

KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT

Allah SWT telah mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dahulu sehingga kini. Kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya ini dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkannya al-Quran dalam kehidupan kita ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya, kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin ka’ab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak di benarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Ini membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.


Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kedudukan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.
Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW :
Bermaksud : " Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf "(Riwayat Tirmizi)

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:

Bermaksud : " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ".(Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.


Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya, menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan. Walhal Islam tidak menyuruh sedemikian.
Justeru itu, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.
Ibu-bapa perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan. Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya.



Maksudnya : " Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup