Wednesday, July 20, 2011

himpunan bersama pimpinan


jom kita pakat-pakat turun
jumpa pimpinaan kita

macam mana pol** macam ini


hajat di hati dh x nak post bab bersih ni...
tapi video ini rasa x boleh dipost...
seluruh dunia perlu lihat benda-benda macam ini

Monday, July 18, 2011

Thursday, July 14, 2011

kenali manusia


allah jadi kan manusia dengan benda yang paling kotor
iaitu air mani, asal nye dari tanah tetapi allah letekkan manusia yang paling tinggi
bukti nye kisah yang kita tahu kejadian nabi adam as

Di mana allah terlah mengarah kan semua makhluk tunduk ke adam as
semua tunduk tetapi satu je tidak patuh iaitu syaitan
dan telah benjanji akan merosakan kaum nabi adam as hingga ke akhirat

allah telah memberi keistimewaan yang besar kepada golongan manusia
tetapi jenis manusia ini mudah lupa dengan keistimewaan yang allah bagi kan
allah dah bagi peluang bersatu membeban dakwah tetapi tolak
kesiaan manusia macam ini

antara sifat allah berikan kepada manusia adalah nafsu dan akal
tetapi jika manusia kedua-dua benda ini tidak dapat dikawal
silap hari bulan pahala tak dapat dosa yang dapat

guna lah nikmat allah yang berikan sebaik yang mungkin...

kawan-kawan baru


kawan baru ni...

JANGAN BUTA


adakah macam ini melaka tengok kelantan
jika rakyat di butakan dengan signboard macam ini
dak rakyat percaya bulat-bulat tanpa usur periksa
siapa perlu di persalahkan ?

penulis bukan hendak cakap siapa betul dan salah
tapi kita sebagai manusia dan rakyat yang sudah merdeka harus berfikir setiap apa keputusan
kata lain buat lain
jangan duk jadi hamba manusia.

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 4, 2011

dakwat kekal



bila umno bercakap... fikir lah sendiri kita semakin cerdik... jangan jadi bodoh...
kroni bercakap bukti dah ada la... jika tidak org tak suruh la... cakap nga orang umno boleh la...
orang tak bercakap dalam selimut... kamu berkuasa sedap la cakap... SPR umno, makamah umno...
boleh nye kata undi hantu kes kecil... dasar penipu... takut kalah cakap la... ooo... umno

daulat tuan ku...

sedia terima nasihat

PETALING JAYA, 4 Julai — Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, Bersih 2.0 akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong sambil berkata gabungan itu berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.


Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) yang baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi ini mengumumkan pendirian itu pada sidang media di sini tengah hari ini.

Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan malam tadi ekoran titah Yang di-Pertuan Agong.

“Bersih 2.0 menjunjung penghargaan yang tinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong atas sokongan baginda berhubung aspirasi melakukan pembaharuan sistem pilihan raya.

“Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan, ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia,” kata beliau dengan membacakan kenyataannya di sini hari ini.

Ambiga menambah Bersih 2.0 akan menulis kepada Istana Negara hari ini untuk meminta perkenan diadakan satu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau enggan menyatakan apabila ditanya sama ada perhimpunan itu secara rasmi telah dibatalkan memandangkan baginda menekankan bahawa demonstrasi jalanan akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sebaliknya kata Ambiga, satu pengumuman rasmi akan dibuat sebaik sahaja pertemuan itu menjadi kenyataan.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Ambiga berkata: “Ya.”

Sunday, July 3, 2011

harap lebih BERSIH fikiran kita

apabila agong berkata-kata


daulat tuanku

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

mati lah pimpinana macam ini


cuba kita fikir baik-baik dengan hati yang BERSIH
adakah kita hendak anak kita jadi macam ini
kita perlu ingat 3 perkara yang di bawa ke lubang kubur
salah satu doa anak soleh

jika kita tengok baik-baik gambar di bawah
mesti anda kenal sapa dengan anak muda itu
kalu tak kenal biar saya perkenalkan ismail sabri



begitu bahagia dan amat suka dengan majlis-majlis macam ini
macam mana nk membentuk anak muda jika pimpinan duk buat majlis macam ini.

oh malaysia negara islam
rakyat di suruh baik menjadi hamba allah, tapi pimpinan macam tahit
duk makan rasuah, isteri tidak pakai tudung
menjadi pimpinana keluarga pun dah tak lulus
nak pimpinan negara, hancur negara

fikir-fikir lah siapa yang baca

Friday, July 1, 2011

apa guna depan nama ada haji (HJ) dan hajah (HJH)



islam amat pentingkan nama kerana nama adalah salah

satu doa kepada individu tersebut
dan berharap akhlak anak tersebut sama dengan makna nama tersebut, nama cantik akhlak cantik. sebelum kita dilahirkan mesti ahli keluarga sibuk hendak bagi nama apa pada anak yang akan dilahirkan hingga ada sampai bergaduh.

hal ini jugak dapat dibuktikan apabila umat islam pergi mengerjakan ibadat haji rukun ke 5 dalam islam, hj. dan hjh. akan di tambah pada nama mereka. gelaran ini bukan untuk di banggakan tetapi untuk sedarkan kita bahawa kita b
aru pulang dari tanah suci.

tanah suci

insyallah dengan adanye nama ini kita akan malu membuat maksiat dan amalan akan setiasa bertambah dengan ibadat-ibadat yang dibawa dari tanah suci.

tetapi sebaliknya semua kebaikan yang di bawa oleh diharapkan dapat memberi perubahan kepada umat islam semakin di lupakan, benda-benda ini di padang ringan oleh kita. salah di mana kita tak tahu.