Tuesday, April 26, 2011

segala puji-pujian hanya untuk MU


alhamdulilah segala rahmat yang di beri olehNYA,
hanya untuk mu segala MAHA pujian,
di hati ni tidak pernah terdetik untuk melupakan mu,
tetapi dengan kelamahan diri ku sendiri
tidak berupaya untuk melawan mainan dunia

segala pujian hanya untuk
selama hidup ni tidak terkira nikmat yang telah kau berikan
tiada usaha diri ini untuk membalas nya

diri ini harus terus berusaha untuk berzikir kepada mu

Friday, April 22, 2011

ku temui jalan yang benar

gambar hiasan

jalan penuh liku-liku dengan harapan jalan yang dipilih betul
kelahiran baru yang dihasilkan diharap kita bersama dapat memupuk semangat pejungan

akhlak nabi muhammad di pejungan kan, selagi nafas di kandung badan ingin lihat islam
di persada dunia, insyallah

semoga kita semua kekal dalam jalan ini
selagi nadi berdenyut islam tetap akan ditegak di dalam diri dan seluruh alam

harapan diteruskan kepada diri ini untuk membawa amanah tersebut sehingga akhir ayat

semoga keteguhan iman dapat di kekalkan

insyallah

senyum satu sedekah

Monday, April 18, 2011

perhati baik-baik

asyik nk seronok je...



fitrah manusia ingin seronok begitulah hari-hari aku berdepan dengan suasana ini,
sehingga kan kita melupakan kebesaran allah, berapa banyak kita berzikir dan menaggis kerana takut kehebatan dan kekuasaan allah swt.

berapa banyak kali kita bangun malam untuk kita mengembirakan kita selaku kita hamba allah
hari demi hari aku fikir macam mana hendak seronok, jika amalan aku ni masih lagi lemah, godaan syaitan pu tak dapat lawan, amalan baik pun malas nk buat, benda wajib pun lemah lagi hendak beramal.

siapa kita jika macam ni lah kita hidup ? hidup di bumi allah hanya pinjaman entah bila kita di cabut nyawa...

gemira-gembira jugak tapi ingat solatku, hidupku, matiku kerana allah bersabarlah orang beriman kerana janji allah amat benar.

sekarang kita susah tapi ingat allah sentiasa bersama golongan orang yang benar...
bawa lah bersama kita panji-panji islam walaupun dimana kita...

bangkit lah pemuda/i islam... lawan lah kemungkaran di depan mata mu...

Saturday, April 16, 2011

BBQ


harap diteruskan kepada BBQ,
insyallah jika diizin kan oleh allah kita akan bertemu jugak
berserta kan BBQ, untuk di jamu selera

BBQ sedap di makan berramai-ramai
berhadapan dengan pantai menjadi saksi
mata melihat kebesaranNYA

allah mahal berkuasa lagi maha mengetahui

Friday, April 15, 2011

pesanan ???

"

Firman Allah taala:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)"(Surah Al-An'aam ayat 162-163)

Inilah ayat keramat yang biasa kita baca pada setiap kali sembahyang fardu yang diajarkan sendiri oleh Allah dalam Al-Quran yang mulia sebagai ikrar kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bahawa doa ini adalah merupakan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi petunjuk dan dasar pegangan kita. Mungkin juga ada yang sekadar membacanya tanpa mengetahui maksudnya yang sebenar, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.

Sebagai seorang Islam yang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini akan dihitung serta dipertanggungjawabkan sama ada perkara itu baik atau buruk. Allah mengajar kita bahawa perkara agama bukanlah hanya dalam ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa, berzakat dan sebagainya sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan cara hidup kita (Islam is the way of life) sehinggakan mati pun mestilah hanya lillahi taala iaitu demi menunaikan segala perintah Allah yang telah diperintahkan kepada kita menerusi Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap individu muslim dalam segenap apa pun urusannya tidak dapat lari dari dasar utama yang telah ditetapkan oleh Allah ini, dan tidak ada jalan yang lain dari jalan ini yang akan diterima oleh Allah taala selain dari jalan Allah dan rasulNya yang dengannya kita diperintahkan untuk beriman, taat dan patuh serta berserah diri.

Firman Allah taala :


"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Surah Al-Baqarah 2:285-286)

Sesungguhnya Allah tidak memberati kita melainkan apa yang terdaya oleh kita. Justru itu, seandainya di dalam diri kita sudah cukup bekalan ilmu dan tertanam matlamat lillahi taala (kerana Allah taala), janganlah gentar dalam menyusun langkah demi mencapai matlamat tersebut, kerana Allah jua yang menjadi Penolong kita serta matlamat akhir tujuan kita iaitu kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam yang keranaNya lebur segala yang fana, kepadaNya kita kembali dan menerima balasan."

Wednesday, April 13, 2011

perancangan allah lebih baik



dengan harapan aku ingin bebas, tapi racangan allah lebih baik,
alhamdulilah setakat ini aku terpelihara dan duduk dalam satu jalan yang di mana hanya orang2 terpilih

tapi bukan mudah untuk kekal dan berjalan dalam
satu jalan yang dimana kita tidak tahu penghujungnye.

dari mata kita tengok gembira kawan-kawan kita duk dalam dunia mereka,
tapi jalan kita banyak penuh liku, untuk mengekalk
an keimanaan, baiah, prinsip-prinsip islam dalam diri kita...

diri ini bukan hendak main-main tapi kehendak darah muda biasa lh... nk salah 100% peratus pun tak boleh.


kita berbalik pada link aku sebelum ini, sayang anak pukul-pukul kan...
dalam 6 hari hendak merubahkan seorang pemuda/i tak masuk akal...

susulan itu penting, nak suruh dia jadi pimpinan ke, kalu allah tak bagi benda ini tak akan jadi...
harapan tinggal harapan

sekali lagi aku tidak paksa, hanya boleh ku pesan kuat kan ketakwaan kepada allah
hanya allah mampu berbalikkan hati seseorang

berbalik macam mana ?
dari baik kepada jahat,
dari jahat kepada baik,

kekalkan kita dalam keimanan, dan di jalan NYE
yang utama kita jangan lupa islam ada peraturan kerana mendapat syurga allah itu sukar.

heat converter

PDD punya
dibantu
daleel, acak, atul
terbaik

Tuesday, April 12, 2011

bising sangat...


perpustakaan amat sunyi... sedang asyik-asyik membaca blog...
terbuka satu blog... kalu bukan blog sahabat aku tak buka dah...

dengan terkejut nye aku blog yang aku buka ni... bising sangat...
satu perpustakaan tengok je... macam tak puas hati je...

dalam islam amat mementingkan ke amanan, keselasaan, kebesihan dan macam-macam lagi lah
yang baik-baik semua ada pada islam...

islam bukan agama ancaman yang di sebar-sebar oleh sesetengah pihak
golongan yang tidak beramal ajaran allah saje yang akan kata kan islam itu sukar

fikir-fikir lah dimana kita duduk sekarang, masih hina lagi kita di sisi allah


Sunday, April 10, 2011

SHELL lebih jimat pada PETRONAS




TELAH riuh diperkatakan minyak shell lebih jimat pada petronas,
kata ini bukan bual kosong-kosong bukan di kedai kopi je, tapi seluruh IPT,

tahu kah anda petronas termasuk dalam kumpulan yang berjaya menaikkan nama malaysia di mata dunia.
termasuk lah IPT anda sendiri, bukan pelajar je berkata macam ini, tapi staf jugak cakap
mungkin ini betul atau silap, untuk membukti kan ia benar atau tidak, ujian perlu di jalankan

ujian ada...

perjalanaan dari melaka ke klang moto wave S bukan FZ, FZ belum uji lagi...
ini tidak melencong kemana mana, dari kedaiman utem ke rumah abang ipar,

shell RM 10.00
petronas RM 12.00

banyak jugak beza tu...
ini ujian bukan sekali tapi dh berapa banyak kali

adakah ini satu helah yang di kena kan oleh kerajaan umno keatas rakyat

antara rungutan lain adalah :-
  • minyak petronas ni banyak gas pada minyak berbanding minyak jenama lain
  • minyak petronas ni melemah kan enjin kenderaan ( kurang power bahasa remaja)
  • rosak enjin la
  • kualiti murah
mungkin ini dari telinga aku dengar, di luar banyak lagi kut...


last sekali dari saya anda pilih la...
undi anda amat bermakna...

Saturday, April 9, 2011

nama saje....


orang yg hidup pasti akan mati, jadi siapa dh rasa dia hebat sangat, minta lah supaya di panjangkan umur
dan di minta buka hati supaya di kembali ke jalan yang benar



sesiapa dalam diri nye rasa tidak salah, fikir lah kembali, mungkin kamu lah yang banyak memberi
masalah kepada kami.

harimau mati meningalkan belang, manusia mati meningalkan nama

kita ni belum mati lagi dah tinggalakan nama yang buruk, tinggalkan masalah yang bertimbun
depan cerita baik je, semua oarang jahat, rupanya aku tertipu, rupanya cerita sebenar aku
terlah temui, nasib baik aku belum terlambat, masih ada di sini untuk menebus kesilapan diri
ini,

kepada yang sudah terlambat, atau tidak rasa yang dia dh terlambat, buka minda. lapangkan hati, tanya iman
dan terus tanya diri sendiri betul ke aku tidak menyusahkan orang lain, bajet orang kaya
tapi hampeh, mulut bau sedap tapi hati busuk,

dah ada penyakit hati busuk jika tidak berubat bahaya pada orang lain, dia akan bukan busuk satakat situ je,
tapi akan menghasut orang lain, bersetongkor denga dia sekali

golongan ini tidak nampak di tengok dengan mata kasar, aku xda ada lagi cara dia, sapa baca ni
boleh lah komen cara nya... ye kira minta tolong ni kerana tak nak golongan ini berleluasa

adik beradik pun makan, ini kira dah kritikal dh ni.

Wednesday, April 6, 2011

cerah HATI sikit....

sekali kena tangkap la



dunia ni orang bersalah kena tangkap, betul ke ?
kita pergi la mana-mana mesti konsep dia mcm tu
besar ke kecil ke, kalu bersalah kena tangkap
kita ni rakyat biasa

kalau kita tgk pimpinan negara kita yang kerja dia rasuah je,
ada bukti tu, bukan cakap kosong
pihak berkuasa tutup mata je...


dimana keadilan untuk rakyat ni, kerana dia orang kaya dan anak orang berjawatan tinggi dalam negara
kita boleh tutup mata je ????
kerana wang semua jadi

habis yang miskin ni, rakyat biasa ni, siapa yang nak bela ?
mungkin mereka buat kesilapan macam tu ada sebab lain...


biasa lah ada masalah sikit, sekali tertangkap dol... dengan suksis utem
habis nak buat macam mana pengajaran kut, untuk aku...
lepas ni tak ada dh...

mesti belajar dari kesilapan...

patut lah suksis UTeM buat kempen...
berjaya kut...

lepas ni pihak polis negara pun kena buat kempen sama nga UTeM ni kempen anti rasuah.
(cadangan)
rasa dah ada dh... tapi duk macam tu je... persoalan yang masih belum terjawab ??

selamat beramal kepada semua dan ke atas diri ku sendiri...

Tuesday, April 5, 2011

semut dah jadi gajah

gajah

semut


kenapa masih ada lagi perasan tidak puas hati di kalangan bangsa di malaysia, kerajaan kita
buat apa sebenarnya, mungkin salah satu daripada tidak adil dalam pembahgian hasil bumi,

kerana isu rasuah di malaysia masih lagi tidak selesai sehingga masalah ini asal dari semut dah jadi besar macam
gajah, orang buta je tak nampak, last sekali kita perlu kembali kepada islam yang mengajar kita hidup sederhana
rezeki di tangan allah, jika kita usaha dapat lah,

usaha banyak dapat banyak, usaha sikit dapat sikit benda ini allah dh janji kepada kita

atas tahap iman kita yakin ke tak... jika kita yakin benda ini, kita akan mudah untuk membuat kerja islam
sepeti beribadat kepada allah, kerja-kerja dakwah atau kerja untuk melihat islam maju

kembali kepada masalah yang sudah jadi sebesar gajah, golongan yang bertangungjawab buat-buat buta,
rakyat dah benci habis dah...


rasuah ni jika tidak di banteras akan mengakibat perkara yang lebih besar lagi, rasuah tidak selesai lagi
sekarang duk buat video lucah pulak,

lepas ni apa la lagi... benda dh jadi isu makahmah tidak boleh di besar-besar kan sehingga benda itu betul-betul benar
hari ini keluar dalam SURAT KHABAR KOSMO keratan video-video lucah anuar. time isu minyak kelantan benda ni dah jadi isu makahmah tak boleh di besar-besarkan
adil macam ni ?

gila punca umno yang di ketuai oleh PM kita... isteri sendiri pun tak boleh jaga... ni duk sibuk fitnah orang pulak
dia sekarang best-best duk kempen kat sarawak, annuar duk sibuk naik makahmah.

berjaya la mereka....

Monday, April 4, 2011

sayang di sayangi


dunia ini bulat, allah mahal adil
baik di balas baik, jahat di balas jahat
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat
SAYANG DI SAYANGI

insyallah sama-sama lah kita jaga keturunan kita
allah tak akan turun balanya selagi ada kolompok yang menjaga agama islam

di harap MALAYSIA terlindung dari bala allah,
bala allah tidak turun kepada individu ITU, kerana kemungkaran kita buat semua terlibat

astaghfirullah, ampun lah dosa ku... selama aku ingin menjadi hamba MU.

maksud YB ??? betul kut




dikalangan kita mesti ada cita-cita nk jadi YB,
mungkin secara khusus di kaitkan dengan politik, adun, kawasan, cawangan dan parlimen
jika di kalangan kita ini ada cita-cita macam ni bagus lh
tahniah tuan ingin ucapkan
tapi bukan cita-cita nak jadi besar macam budak tu !!!

kita dapat tahu mesti YB ni tidak lari dengan meeting dengan ahli-ahli nya untuk mengerakan sesuatu program
apa tak nya untuk menujukan dia menjalankan peranaan di sebagai YB,
kerja mesti ikhlas dan perlu menonjol kepada masyarakat

kepada YB yang duduk sebelah hijau, perlu bagi semua benda yang warna hijau
kepada YB yang duduk sebelah biru, perlu bagi semua benda yang warna biru

tujuan untuk menunjukkan YB berkerja, baik hati, ikhlas, peramah, mesra rakyat dan lain-lain
ini baru betul politik, kita YB perlu jaga kebajikan rakyat kita wakil mereka
kalu mereka tak tahu apa yang mereka buat nak lawan macam mana umno ???

bukan mudah nk bagi-bagi begitu je...
YB semua benda kalu boleh dicatatkan dan dipublish di akhbar-akhbar, TV kalau boleh semua media massa
ini baru YB,

ada sesetengah YB tu duk makan duit nga anak-anak bini kroni,
kalu sikit-sikit takpe lah, ni berbillaon-billaon duk masuk dalam perut anak bini

YB maksud yang besar nga dosa-dosa
YB maksud yang besar nga jasa-jasa
YB maksud yang besar nga senyuman
YB maksud yang besar nga kroni
YB maksud yang besar nga perngaruh
YB maksud yang besar nga jasa

YB ini kalu boleh nak semua besar... hehehehe

YB jugak perlu ada masa untuk membawa aqidah yang betul kepada masyarakat
untuk menghidupkan keadaan yang aman dan berkebajikan kepada semua kaum
mesti tiada yang lain IsLAM lh jawapan nye.
bukan melayu, bukan cina, bukan india

kita semua asal dari islam NABI ADAM... anak cicik NABI ADAM...
bukan dari beruk ok...

YB perlu banyak berjasa kepada rakyat
bukan jadi tambah beban kepada rakyat

kepada YB selamat bertugas kepada rakyat dan negara
i like YB adun aku...

Friday, April 1, 2011

3 = 30 ???


hebat kalu 3 dapat di umpamakan 30
sama jugak 3:30
bergitulah di ibaratkan dengan 3 pemuda yg berjiwa besar ni
insyallah semoga allah perlihara kita kejalan yang benar dan terus bersama
memikul batu yang besar yang bukan calang orang dapat...

ingat bukan ni je, tapi ramai lagi di belakang yang tengah tidur,
tapi perlu usaha sikit untuk bangkit dari tidur

semoga allah buka hati mereka

dari kiri : anas, nik, TUANLUKME, yuk