Tuesday, April 26, 2011

segala puji-pujian hanya untuk MU


alhamdulilah segala rahmat yang di beri olehNYA,
hanya untuk mu segala MAHA pujian,
di hati ni tidak pernah terdetik untuk melupakan mu,
tetapi dengan kelamahan diri ku sendiri
tidak berupaya untuk melawan mainan dunia

segala pujian hanya untuk
selama hidup ni tidak terkira nikmat yang telah kau berikan
tiada usaha diri ini untuk membalas nya

diri ini harus terus berusaha untuk berzikir kepada mu

Friday, April 22, 2011

ku temui jalan yang benar

gambar hiasan

jalan penuh liku-liku dengan harapan jalan yang dipilih betul
kelahiran baru yang dihasilkan diharap kita bersama dapat memupuk semangat pejungan

akhlak nabi muhammad di pejungan kan, selagi nafas di kandung badan ingin lihat islam
di persada dunia, insyallah

semoga kita semua kekal dalam jalan ini
selagi nadi berdenyut islam tetap akan ditegak di dalam diri dan seluruh alam

harapan diteruskan kepada diri ini untuk membawa amanah tersebut sehingga akhir ayat

semoga keteguhan iman dapat di kekalkan

insyallah

senyum satu sedekah

Monday, April 18, 2011

perhati baik-baik

asyik nk seronok je...



fitrah manusia ingin seronok begitulah hari-hari aku berdepan dengan suasana ini,
sehingga kan kita melupakan kebesaran allah, berapa banyak kita berzikir dan menaggis kerana takut kehebatan dan kekuasaan allah swt.

berapa banyak kali kita bangun malam untuk kita mengembirakan kita selaku kita hamba allah
hari demi hari aku fikir macam mana hendak seronok, jika amalan aku ni masih lagi lemah, godaan syaitan pu tak dapat lawan, amalan baik pun malas nk buat, benda wajib pun lemah lagi hendak beramal.

siapa kita jika macam ni lah kita hidup ? hidup di bumi allah hanya pinjaman entah bila kita di cabut nyawa...

gemira-gembira jugak tapi ingat solatku, hidupku, matiku kerana allah bersabarlah orang beriman kerana janji allah amat benar.

sekarang kita susah tapi ingat allah sentiasa bersama golongan orang yang benar...
bawa lah bersama kita panji-panji islam walaupun dimana kita...

bangkit lah pemuda/i islam... lawan lah kemungkaran di depan mata mu...

Saturday, April 16, 2011

BBQ


harap diteruskan kepada BBQ,
insyallah jika diizin kan oleh allah kita akan bertemu jugak
berserta kan BBQ, untuk di jamu selera

BBQ sedap di makan berramai-ramai
berhadapan dengan pantai menjadi saksi
mata melihat kebesaranNYA

allah mahal berkuasa lagi maha mengetahui

Friday, April 15, 2011

pesanan ???

"

Firman Allah taala:

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)"(Surah Al-An'aam ayat 162-163)

Inilah ayat keramat yang biasa kita baca pada setiap kali sembahyang fardu yang diajarkan sendiri oleh Allah dalam Al-Quran yang mulia sebagai ikrar kita dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Mungkin ada di antara kita yang tidak tahu bahawa doa ini adalah merupakan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi petunjuk dan dasar pegangan kita. Mungkin juga ada yang sekadar membacanya tanpa mengetahui maksudnya yang sebenar, baik yang tersurat mahupun yang tersirat.

Sebagai seorang Islam yang beriman, kita perlu menyakini bahawa segala perkara yang kita lakukan dalam kehidupan ini akan dihitung serta dipertanggungjawabkan sama ada perkara itu baik atau buruk. Allah mengajar kita bahawa perkara agama bukanlah hanya dalam ibadah-ibadah seperti sembahyang, puasa, berzakat dan sebagainya sahaja, tetapi merangkumi keseluruhan cara hidup kita (Islam is the way of life) sehinggakan mati pun mestilah hanya lillahi taala iaitu demi menunaikan segala perintah Allah yang telah diperintahkan kepada kita menerusi Al-Quran dan As-Sunnah.

Setiap individu muslim dalam segenap apa pun urusannya tidak dapat lari dari dasar utama yang telah ditetapkan oleh Allah ini, dan tidak ada jalan yang lain dari jalan ini yang akan diterima oleh Allah taala selain dari jalan Allah dan rasulNya yang dengannya kita diperintahkan untuk beriman, taat dan patuh serta berserah diri.

Firman Allah taala :


"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir" (Surah Al-Baqarah 2:285-286)

Sesungguhnya Allah tidak memberati kita melainkan apa yang terdaya oleh kita. Justru itu, seandainya di dalam diri kita sudah cukup bekalan ilmu dan tertanam matlamat lillahi taala (kerana Allah taala), janganlah gentar dalam menyusun langkah demi mencapai matlamat tersebut, kerana Allah jua yang menjadi Penolong kita serta matlamat akhir tujuan kita iaitu kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam yang keranaNya lebur segala yang fana, kepadaNya kita kembali dan menerima balasan."