Saturday, July 31, 2010

dakwah itu indah

salam sejahtera hari ni sudah masuk hari ke dua karniva KPI d UTeM hati ni sungguh gembira tgk kehadiran ramai peserta tidak agama dan bangsa. Islam itu indah jika kita menbawa dengan kaedah yg betul tetapi dalam hati tetap satu islam segar dan harum di muka bumi allah. mungkin dgn ada nye karniva ni dapat menbuka mata mahasiswa yg cerdik pandai tentang islam dan sentisa di mulut ni basah dengan perkataan islam

Thursday, July 29, 2010

KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR

Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal. Dunia yang kita duduki dan diami pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.
Tiupan sangka kala pertama bermulanya kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:

Maksudnya: ” Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu”.

Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab. Menurut Imam Ghazali: Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.
Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian. Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.
Abu Hurairah RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk, Pertama: manusia yang dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka, Kedua: manusia yang berjalan kaki dan Ketiga: manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.
Di gambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada "di bumi al-Mahsyar ," masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke bibir maka daging bibir itu luruh berguguran kerana air terlalu panas.
Persoalan besar timbul di kalangan ahli di Padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran Mahsyar itu?, tidak siapapun yang tahu. Ada pendapat mengatakan berada di Padang Mahsyar itu selama 300 tahun mengikut tahun akhirat. Perit derita di alam Mahsyar itu mereka sudah merasa terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak henti-henti. Namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.
Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar serta dahaga yang menghiris kerana sengsara ratusan tahun di Padang Mahsyar, tanpa ada sebutir makanan atau setitik air, maka kedengaran di kalangan mereka yang berkata, “ tidak adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman?. Ada juga supaya cadangan mendapatkan syafaat atau pertolongan daripada nabi Muhammad SAW. Ketika dalam keadaan gawat inilah baru teringat kepada nabi Muhammad SAW sedangkan semasa di dunia langsung tidak mempedulikan ajaran Rasulullah SAW, malah memperlekehkan Rasulullah SAW.
Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy itu antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT. Golongan al- Muqarrabun itu ialah merujuk kepada mereka semasa hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang Allah samada dalam soal akidah atau syariah.

Yakinlah bahawa setiap manusia di Padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya , disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud:"Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa digunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?"(At-Tirmizi)

KARNIVAL PENGHAYATAN ISLAM (KPI)






SALAM UKWWAH KEPADA SEMUA SAHABAT...

tidak lama lagi UTeM akan melakar sejarah iaitu berlangsungnya satu karnival yang dapat di lakukan oleh segelintir persatuaan yg baru ditubuh... penubuhan yg awal UTeM... 10 TAHUN BARU LAGI 2...

ana hamba allah yg sayang kan islam amat gembira atas kemajuaan, peningkatan dan perubahan yg lakukan oleh persatuan dakwah di UTeM...kalu lh seluruh IPT malaysia ni dapat melakukan mcn ni... ana yakin islam di malaysia dapat di semarakan. dan kepada mahasiswa/i yg menanti petunjuk islam dapat merasai keindahan islam tersebut... ana merasa dan menharap dakwah umun kita dapat berjalan lebih jauh lagi.

ana harap benda ni akan menjadi saksi dan bukti di akhirat nanti apabila d soal oleh allah swt... untuk sahabat nasihat ana jgn malu untuk membawa islam di muka bumi allah, ingat bumi ni milik allah...

ana berharap KPI ni dapat berjalan dgn baik dan dapat berjalan lancar seperti yg telah di rancangkan oleh pimpinan yg di lantik...

kalu ana nak ckp pasal dakwah... dakwah kita ni bukan untuk individu tetapi untuk semua apa yang nak jika jawap kpd allah kalu kita tidak menjalankan dakwah kita dengan baik.

fikir lah amanat yg ana bawa ni sgh berat... aku harap kepada mu ya allah untuk bagi kekuatan kepada aku supaya aku dapat terus berada di sini...

“KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI SISI ALLAH SWT”

Allah SWT telah mengurniakan nikmat dan rahmat dengan mengutuskan Rasul-Nya dan menurunkan kitab-Nya al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan dalam kandungan dari dahulu sehingga kini. Kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasul-Nya ini dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain. Bagi mengekalkannya al-Quran dalam kehidupan kita ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya, kerana itulah kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin ka’ab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak di benarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Walaupun perkara ini tiada dalam syariat, tetapi membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kedudukan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.
Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW :
Bermaksud : " Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf "(Riwayat Tirmizi)

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:

Bermaksud : " Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya ".(Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya, menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan. Walhal Islam tidak menyuruh sedemikian.
Justeru itu, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.
Ibu-bapa perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan. Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan dengan sempena dengan majlis tilawah al-Quran peringkat antarabangsa kali ke 52 yang diadakan di dewan merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, bermula dari 27hb Julai hingga 3hb Ogos 2010, mimbar menyeru para jamaah sekalian untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar dan menghayati ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh para Qari dan Qariah dari seluruh dunia. Semoga dengan kehadiran kita ke majlis tersebut akan menyerikan lagi dan mendapat rahmat dari Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalm surah al-Israa’ ayat 45:

Maksudnya : " Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.